Monday, January 12, 2009

MESYUARAT ALK BIL 3/2009

Mesyuarat ALK Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Berhad telah diadakan di Restoran Malindo jam 8.00 malam dengan dipengerusikan oleh Encik Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof. Sebelas daripada lima belas ALK hadir dalam Mesyuarat pertama Tahun 2009

Beberapa keputuisan telah dibuat iaitu, dua aktiviti utama iaitu peruncitan serta bekalan/perkhidmatan menjadi fokus peringkat awal. Lokasi sementara akan ditetapkan. Manakala pembahagian tugas dalam kalangan ALK adalah seperti berikut;
1. Perancangan dan Pembangunan: Tuan Haji Ali Deros, dan Encik IsmailAbdullah
2. Pendidikan: Encik Omar Baki bin Matusin dan Encik Sappar Awang Damit
3. Promosi dan Pelaburan: Puan Maimoon Matnoh dan Puan Rohana Khalid
4. Pengurusan Kedai: Encik Mazri bin Mohamed Yunus
5. Kebajikan: Puan Nor Syamsida bt Ismail dan Encik Moliyono bin Mahmood
6. Pelancongan: Encik Mohd.Nizam bin Yassim

Promosi kepada Anggota Kakitangan Sokongan akan digiatkan dalam usaha mengumpul ahli

Kad keahlian dan sijil syer juga akan dikeluarkan, begitu juga Buletin Bil. 2 akan diterbitkan secepat mungkin.

Selamat berjuang kepada semua untuk memulakan perniagaan.

No comments: