Thursday, October 30, 2008

KEAHLIAN KOPERASI PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BERHAD MASIH TERBUKA

Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Berhad telah diluluskanpendaftarannya oleh SKM pada 4 September 2008, melalui surat yang diterima oleh Setiausaha pada 15 Oktober 2008.

Buat masa ini keahlian koperasi ini masih terbuka kepada semua warga pendidikan atau bekas warga pendidikan yang berkhidmat atau pernah berkhidmat di wilayah ini, dengan Bayaran Pendaftaran RM10.00 serta Syer minimum RM100.00 sahaja. Kepada warga pendidikan yang telah membuat bayaran pendaftaran RM10.00, sila buat pembelin syer minumum RM100.00 untuk mengaktifkan keahlian anda, Sila buat bayaran kepada Bendahari Koperasi En. Yusup bin Hj. Mohammad di SMK Pantai, W.P Labuan.

Untuk pertanyaan menjadi ahli sila berhubung dengan Setiausaha En. Sahar Misron di SMK Lajau, W.P Labuan (Tel: 087-462995, Faks: 087-462463)

Koperasi akan mengeluarkan Buletinnya pada hari ini, 30 Oktober 2008 yang akan diuruska oleh Setiausaha.

MESYUARAT ALK KOPELL BHD 7 NOVEMBER 2008

Mesyuarat ALK Koperasi Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Bhd. akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 7 November 2008 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang
TempatL Jabatan Pelajaran W.P Labuan
Aras 10 Ujana Kewangan, Labuan

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh En. Mohamad Zaki bin Mohd. Yusof. Semua ALK dan JAD dijemput menghadiri mesyuarat ini.